Kegunaan dalam sukan Kad penalti

Contoh yang terpilih termasuk:

  • Badminton: Satu kad kuning diberikan sekali kepada pemain tunggal mahupun kumpulan berpasangan sekiranya peraturan permainan dilanggar, kad merah atau hitam akan diberikan sekiranya salah laku dibuat secara berterusan oleh pemain yang sama.[2][3]
  • Bola sepak[4] - pemain yang membuat salah laku dicata nama oleh pengadil (booking). Sekiranya pemain tersebut mendapat amaran kedua maka kad merah akan diberikan, lalu pemain diarahkan berhenti bermain serta beredar dari padang tanpa digantikan pemain yang lain.
  • Bola tampar - sebagai amaran kedua kepda pemain atau pelatih yang melakukan salah laku selepas salah laku pertama dimaklumkan secara lisan oleh kapten pasukan. Kad merah disertakan dalam tangan yang sama sekiranya pemain / pelatih dibuang dari gelanggang, mahupun secara berasingan sekiranya pemain / pelatih hilang kelayakan. Kesemua salah laku ini dicatat pada papan skor namun tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada permain mahupun raihan markah kepada mana-mana pasukan.
  • Olahraga[5]
  • Polo air - sebagai amaran rasmi kepada pelatih, peamin tunggal mahupun keseluruhan pasukan yang telah membuat salah laku.